Lawatan Bersama Anak- Anak Yatim anjuran Kelab Muslimah Ar-Raudhah Teluk Kumbar & Bertam – Perlis 2016

Perlis 17 september 2016 – Kelab Muslimah Ar-Raudhah Teluk Kumbar dan Bertam telah menganjurkan aktiviti sehari bersama anak-anak yatim dari kawasan Teluk Kumbar dan Bertam dengan kerjasama Unic Astana Holidays (UAH). Program yang bertempat di Perlis ini melibatkan lebih 80 orang peserta.

Pakej yang ditawarkan oleh Unic Astana Holidays merupakan aktiviti di Taman Ular Perlis, Taman Rimba Herba, dan seterusnya lawatan ke kafe produk-produk IKS Nat Moden Di Kuala Perlis sebelum majlis penutupan yang diadakan di Brasmana Hotel Kuala Perlis.

Sepanjang aktiviti di Taman Ular peserta dihiburkan dengan pertunjukkan ular oleh Raja ular Perlis. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk memegang dan bergambar bersama spesis reptilia ini. Bagi meraikan kehadiran anak-anak yatim ini, aktiviti permainan berbentuk pembelajaran juga turut diadakan oleh UAH.

Ditaman Rimba Herba, ahli kelab Muslimah Ar-Raudhah menikmati terapi minyak herba selain dapat mengenali lebih 600 spesis tumbuhan herba tempatan yang terdapat disitu. Kemudian peserta dibawa ke kafe Nat Moden yang mempromiskan produk IKS seluruh Malaysia. Selain dapat membeli barangan IKS peserta juga ditawarkan untuk mempromosi sebarang produk IKS di Kafe Nat Moden mengikut kesesuaian.

Majlis penutupan dilakukan di Brasmana Hotel Kuala Perlis dengan makan malam, majlis penyampaian hadiah dan memotong kek hari jadi yang disediakan khas oleh pihak UAH untuk para peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan lawatan ini bersama UAH. Pastikan anda memilih Unic Astana Holidays sebagai agensi pelancongan anda untuk menikmati pelbagai pakej menarik dengan harga yang sangat berpatutan.

Let’s travel with our UNIC style.!!!!