Program Perlis Nature FAM Trip – Sept. 2016

Program Perlis Nature FAM Trip : Perlis Nature ” A Sneak Preview” 26 – 29 September 2016 – Unic Astana Holidays UAH nak berkongsi satu lagi ‘event’ yang telah disertai oleh Crew Unic Astana Holidays. Sebagai rakan strategik program ini, UAH telah bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia Perlis untuk menjayakan program “Perlis Nature : A Sneak Preview”, iaitu satu program yang bertujuan mempromosikan tempat-tempat menarik yang mempunyai daya tarikan kepada pencinta alam untuk meneroka keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Perlis.
Program ini turut desertai oleh pengiat industri pelancongan tempatan, pihak media massa dan juga blogger tempatan diharap dapat menarik ramai pencinta alam untuk merasai keistimewaan alam semulajadi negeri Perlis. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti Rock Climbing di Bukit Keteri, Penerokaan Gua di Taman Negeri Wang Burma, menunggang ATV di Bukit Maneq, menikmati pemandangan indah di Puncak Wang Kelian, Pendakian mencabar di Pintu Wang Gunung serta banyak lagi.
Dalam program ini juga, pihak Tourism Malaysia telah melancarkan pakej2 pelancongan bertemakan alam semulajadi negeri Perlis dan Unic Astana Holidays tidak melepaskan peluang dengan memperkenalkan 6 pakej pelancongan yang bertamakan alam semulajadi iaitu, “Perlis Nature & Culture”.

“Perlis Nature & Culture” terdiri daripada:
# 1 : Back To Nature
# 2 : Green Paradise
# 3 : Touch The Sky
# 4 : Extreme Gateway
# 5 : Perlis Cycling Tour
# 6 : Kampung Style @ Perlis

untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej “Perlis Nature & Culture” ini, hubungi kami…
Unic Astana Holidays
Tel : 04 – 978 1133
email : info@unicgroup.com.my
website : www.unicastana.com
facebook : www.facebook.com/UnicAstanaHolidays

More Photo : https://www.facebook.com/UnicAstanaHolidays/posts/1317413488269535